Tuesday, March 24, 2009

SEPULUH KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN

Bersabarlah, kerana sesungguhnya Allah akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan.
Mudah -mudahan kesusahan itu akan lenyap segera.


Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika ( Dr.Dicks) mengatakan :
Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki 10 kaedah, iaitu:-

1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai.
Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu terluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk dan merugikan.

3. Harus memiliki tujuan dalam hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya dengan baik dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani ; jangan menyesali hal yang telah berlalu dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6.Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang berada di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk ,urah dengan senyuman, berjiwa periang, dan berteman dengan orang-orang yang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagiaan agar mendapatkan harumnya kebahagiaan daripadanya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan..

- SEKIAN-

NIKMATILAH HARIMU DAN BERSUNGGUH-SUNGGUHLAH,
CARILAH SESUATU YANG DAPAT MENCERAHKAN PENDERITAAN SEBELUM PENDERITAAN ITU DATANG MENYERANGMU.

( dipetik dari buku JANGAN MENANGIS, JADILAH WANITA YANG PALING BAHAGIA)

0 comments:

Post a Comment