Saturday, July 4, 2009

Ya Allah... Jika aku jatuh cinta..

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah..
Jika aku jatuh cinta..
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu

Ya Muhaimin..
Jika aku jatuh cinta..
jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati..
izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMu
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cintaMu

Ya Rabbana..
Jika aku jatuh hati...
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling pada kasihMu

Ya Rabbul Izzati..
Jika aku rindu..
rindulah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMu

Ya Allah..
Jika aku rindu..
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu

Ya Allah..
Jika aku menikmati cinta kekasihMu..
jagalah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di spertiga malam terakhirMu

Ya Allah..
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu..
jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Ya Allah..
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu..
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta padaMu
telah berjumpa pada taatMu
telah bersatu dalam dakwah padaMu
telah berpadu dalam membela syariatMu
Kukuhkanlah Ya Allah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukkanlah jalan-jalannya
penuhilah hati-hati ini dengan nurMu
yang tiada pernah pudar
lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan keimanan kepadaMu
dan..
keindahan bertawwakkal di jalanMu..

Amin...

0 comments:

Post a Comment